Statistik kemalangan harian: 1,539 kes libatkan 13 kematian

Iklan
Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Jumlah kemalangan jalan raya mencatat penurunan dengan 1,539 kes direkod di seluruh negara pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Saperi berkata, ia menurun sebanyak 339 kes berbanding 1,878 kes yang dicatatkan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Jumlah kematian juga turut mencatatkan penurunan kepada 13 kes, berbanding 16 yang direkodkan pada Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Azman berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Iklan

"Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan menjaga keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita," katanya.

Sebelum itu, media melaporkan JSPT Bukit Aman menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian sepertimana hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kesesakan dan keselamatan jalan raya.

Iklan

Mohd Azman dilaporkan berkata statistik kemalangan jalan raya tentang kes kemalangan dan kematian seluruh Malaysia itu dikeluarkan secara masa nyata dengan mengambil data kemalangan yang berlaku pada hari sebelumnya.

Penyiaran berbentuk info grafik akan dimuat naik menerusi laman sosial rasmi JSPT seperti Facebook, Instagram dan X bermula Jumaat lalu.

Penyiaran data statistik itu kepada umum adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada setiap hari.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28