Dua pelajar dicekup curi motosikal

Iklan
Dua pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas disyaki mencuri sebuah motosikal di Kampung Tedong, Merlimau, Februari lalu. Gambar kecil: Ahmad Jamil

JASIN - Dua pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan pada Sabtu selepas disyaki mencuri sebuah motosikal di Kampung Tedong, Merlimau di sini, pada Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, polis menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 52 tahun yang melaporkan motosikalnya jenis Yamaha Lagenda 115 yang diletakkan di hadapan rumah telah tiada.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berikutan itu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dibantu anggota Balai Polis Merlimau telah menahan kedua-dua suspek dalam serbuan berasingan di Taman Serkam Indah dan Jalan Masjid Tedong, Merlimau.

"Kedua-dua pelajar terbabit direman sehari bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian itu.

Iklan

"Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap kedua-dua tangkapan mengaku telah mencuri motosikal tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Jelasnya, polis turut merampas dua buah motosikal disyaki digunakan untuk melakukan jenayah dan sebuah motosikal milik mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Iklan

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A kanun keseksaan," katanya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28