Ahmad Zahid yakin UMNO kembali jadi pilihan rakyat Kelantan

Iklan
Ahmad Zahid bersama kepimpinan UMNO Kelantan semasa beliau mengadakan program turun padang pada Sabtu.

KOTA BHARU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu akan kembali menjadi pilihan rakyat Kelantan pada masa hadapan.

Beliau berkata, keyakinan itu berpandukan kepada komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh para kepimpinan UMNO di negeri.

Iklan
Iklan

"Saya amat berpuas hati dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh kepimpinan UMNO Kelantan untuk memastikan parti ini terus relevan dalam memperjuangkan masa hadapan orang Melayu di negeri ini.

"Walaupun tidak berada dalam tampuk kepimpinan negeri, saya yakin, satu hari nanti UMNO akan kembali menjadi pilihan ‘ore Kelate’ bagi merealisasikan perubahan dan pembangunan yang lebih baik dan pesat serta kemakmuran yang menyeluruh kepada seluruh rakyat di negeri ini. Insya-ALLAH," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Ahad.

Iklan

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau mendoakan yang terbaik untuk UMNO Kelantan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan