Kanak-Kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Ibu kandung yang didakwa mengelar anaknya berusia setahun enam bulan direman tujuh hari bermula Ahad.

Permohonan reman dikeluarkan Majistret, Suhaili Sapuan di Hospital Permai Johor Bahru dekat sini terhadap wanita berusia 32 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, sebelum ini mangsa dibawa ke hospital terbabit bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Sebelum itu, Ketua Polis Johor, Komisioner, M Kumar dilaporkan berkata, seorang ibu kandung dipercayai mengelar anak lelakinya di rumah mereka di kawasan Pasir Gudang pada jam 1.30 petang.

Iklan

Menurutnya siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.

Dalam kejadian itu, polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

Iklan

Kumar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat manakala motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.