Trend kurma mentega, keju dikhuatiri bawa mudarat - Pakar pemakanan

Iklan
Juadah kurma bersama mentega yang kini tular menarik orang ramai mencuba resipi tersebut termasuk mereka yang sebelum ini tidak menggemari makanan sunnah itu. (Gambar kecil: Norhayati)

SUNGAI PETANI - Pengambilan kurma dimakan bersama mentega atau keju yang kini menjadi trend dikhuatiri membawa lebih banyak mudarat berbanding kebaikan kepada tubuh badan.

Pakar Pemakanan Hospital Pantai Sungai Petani, Norhayati Samsuddin berkata, kandungan khasiat dalam kurma seperti fruktosa yang memberi tenaga segera, anti-oksidan membantu melindungi tubuh badan daripada inflamasi dan serat memberi rasa kenyang lebih lama, antara faktor kurma menjadi pilihan sepanjang berpuasa.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, pengambilan kurma bersama mentega secara berlebihan setiap hari berisiko meningkatkan aras kolesterol dalam darah dan juga berat badan berlebihan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

"Keju pula berasal dari sumber haiwan yang mengandungi lemak tepu, kolesterol, protein, kalsium dan garam.

Iklan

"Rasanya yang sedap digabungkan dengan kurma yang manis akan menyebabkan rasa ketagih sehingga dikhuatiri mendorong seseorang kepada pengambilan tidak terkawal," katanya.

Jelas Norhayati, hidangan yang seimbang dan sederhana adalah lebih baik semasa bersahur dan berbuka puasa bagi memastikan setiap individu mendapat jumlah nutrien mencukupi.

Iklan

Justeru beliau menasihati orang ramai agar tidak makan berlebihan semasa berbuka dan bersahur yang boleh memudaratkan.

"Bagi individu yang mempunyai masalah penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis pula, ibadah berpuasa ini turut dibenarkan selagi tidak memudaratkan kesihatan.

"Pesakit juga disarankan untuk berjumpa dengan pegawai dietetik bagi mendapatkan nasihat yang lebih terperinci berkenaan pemakanan sepanjang berpuasa," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28