Hafizh Syahrin pacu JDT Racing Team ke podium

Iklan
Hafizh Syahrin (kiri) yang mengungguli perlumbaan sejak pusingan pertama mengakhiri cabaran dengan status naib juara menerusi catatan 1:36.123 saat. Foto FB JDT Racing Team

PELUMBA Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah menyingkap saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand musim ini dengan memenangi kedudukan podium.

Pelumba berusia 29 tahun itu menamatkan perlumbaan kedua kelas ASB1000 pada kedudukan kedua yang berlangsung di Buriram pada Ahad.

Iklan
Iklan

Hafizh Syahrin yang memulakan perlumbaan di petak ketiga mengunakan jentera Ducati mengungguli perlumbaan sebelum pelumba Honda Dream Asia Racing Team with Astemo, Andi Farid Izdihar memintas di pusingan kelapan daripada 13 pusingan.

Hafizh Syahrin yang mengungguli perlumbaan sejak pusingan pertama mengakhiri cabaran dengan status naib juara menerusi catatan 1:36.123 saat (s) manakala Andi Farid unggul dengan 0.151s di depan.

Iklan

Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba Honda Dream Asia Racing Team with Astemo dari Thaiiland, Nakarin Atiratphuvapat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan