Jangkitan influenza masih terkawal: Dr Dzulkefly

Iklan
Dr Dzulkefly (dua dari kiri) berbual dengan salah seorang peserta Kempen Derma Darah SK-STF 73 di Surau Al-Ikhlasiah, Keramat Jaya, Kampung Datuk Keramat di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan influenza di negara ini masih terkawal dan akan terus memantau tren aktiviti influenza mahupun kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan melalui sistem pelaporan sedia ada.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan analisa semasa bagi trend aktiviti influenza yang meliputi kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) masih merekodkan peningkatan.

Iklan
Iklan

"52 peratus daripada kejadian wabak tersebut melibatkan institusi pendidikan seperti sekolah, tadika dan madrasah.

"Begitupun, kejadian itu tidak melibatkan penutupan mana-mana sekolah yang terlibat dan secara keseluruhannya kesemua wabak yang dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.

Iklan

"KKM akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantau situasi kejadian influenza di institusi pendidikan dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Derma Darah SK-STF 73 di Surau Al-Ikhlasiah, Keramat Jaya, Kampung Datuk Keramat di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut memberi jaminan bahawa bekalan ubat-ubatan anti viral akan terus dibekalkan tanpa sebarang gangguan bagi memastikan ianya mencukupi pada setiap masa.

Dr Dzulkefly (tiga dari kiri) melawat salah seorang peserta yang menderma darah pada Kempen Derma Darah SK-STF 73 di Surau Al-Ikhlasiah, Keramat Jaya, Kampung Datuk Keramat di sini hari ini.

Katanya, sebelum ini kebanyakan fasiliti kesihatan swasta ada melaporkan kekurangan stok ubat anti-viral bagi merawat influenza tetapi mereka telah mulai menerima bekalan masing-masing.

"Malah buat masa ini, tidak timbul isu berhubung penolakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan bagi gejala jangkitan influenza di fasiliti KKM seluruh negara.

"Sebaliknya perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit yang terlibat mengambil kira pelbagai aspek kritikal berkaitan dengan gejala jangkitannya,” katanya.

Dr Dzulkefly turut menegaskan bahawa kejadian jangkitan influenza yang berlaku di Malaysia ketika ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian radang paru-paru (pneumonia) yang sedang berlaku di Wuhan, China.

Sementara itu, mengulas usul yang dikemukakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) yang meminta kerajaan mempertimbang untuk memasukkan Influenza A ke dalam senarai jenis penyakit berjangkit diberikan kemudahan cuti kuarantin, Dr Dzulkefly menyifatkan masih belum ada keperluan ke arah itu kerana wabak tersebut masih terkawal.

"Cadangan ini melibatkan perubahan dalam polisi, bagaimanapun saya akan mengambil usul itu secara lebih serius kerana kita sentiasa terbuka dengan setiap usul atau cadangan yang dikemukakan semua pihak,” katanya.