Amalan puasa masyarakat dunia
Iklan
AMALAN berpuasa telah bermula sejak zaman dahulukala lagi, hatta sebelum kedatangan Islam. Konsep asas berpuasa adalah menahan diri daripada makanan atau minuman atau kedua-duanya dalam tempoh tertentu, untuk pelbagai tujuan.
Selain umat Islam yang terkenal dengan amalan berpuasa di bulan Ramadan, penganut agama lain juga punya amalan berpuasa yang unik mengikut kepercayaan masing-masing.
Penganut Kristian aliran Lent (Christian Lent) sebelum kurun keenam pernah mengamal puasa mirip orang Islam. Selama 40 hari berturut-turut, mereka tidak makan atau minum mulai terbit matahari dan berbuka puasa hanya setelah matahari terbenam.