PELUMBA JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah tetap menganggapnya beruntung memiliki jentera yang cukup bertenaga, Ducati Panigale V46R, biarpun terlepas mendominasi Perlumbaan 2 ASB1000 di Litar Antarabangsa Buriram, semalam.
Selepas kecewa tidak dapat meneruskan Perlumbaan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) itu sehari sebelumnya, Hafizh Syahrin menebusnya dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.
Iklan
Iklan
Penunggang berusia 30 tahun itu menepis sebarang keraguan terhadap kemampuan pasukannya untuk mencabar kejuaraan ARRC selepas kegagalan mekanikal menafikan penampilan positif.
Apa pun, beliau mengakui bertuah kerana bekalan minyaknya hanya cukup-cukup makan untuk menampungnya memecut ke garisan penamat.
"Saya kehilangan banyak minyak kena memecut dari awal perlumbaan lagi.
"Saya tiada sempat memeriksa motosikal (dengan rapi) berikutan terus menggunakannya (sebaik sampai di sini)," katanya selepas perlumbaan. - Astro Arena
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28