Ramasamy tidak layak bercakap soal pengkhianatan - Wan Rosdy

Iklan
Wan Rosdy, Ramasamy

KUANTAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy tidak layak bercakap soal pengkhianatan.

Beliau menegaskan supaya Ramasamy lebih baik berdiam diri daripada mengulas isu terlibat kerana mendakwa individu tersebut juga adalah pengkhianat kepada partinya sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ramasamy bukan sahaja telah mengumumkan keluar DAP tahun lalu selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, bahkan turut mengumumkan untuk menubuhkan parti baharu, Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).

"Saya rasa rakyat boleh menilai sendiri siapa P Ramasamy yang sebenarnya kerana kenyataan yang dikeluarkan beliau itu ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Iklan

"Sudah-sudahlah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat semata-mata untuk meraih populariti murahan demi kepentingan sendiri," katanya melalui kenyataan di sini.

Beliau berkata, bekas pemimpin DAP itu harus sedar bahawa kerjasama UMNO bersama Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti-parti lain adalah untuk mewujudkan kestabilan di negara ini seperti mana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Iklan

"Alhamdulillah, dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan, kita berupaya mewujudkan sebuah politik matang yang meraikan setiap perbezaan bagi memastikan rakyat terus hidup dalam suasana yang harmoni, sejahtera dan makmur," katanya.

Ramasamy sebelum ini mempertahankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang disifatkan sebagai pengkhianat oleh UMNO.

Malah beliau turut mengingatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga lahir dari DNA sama dan UMNO bukanlah parti yang mulia untuk bercakap tentang pengkhianatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28