Rumah jadi transit seludup minyak masak peket, gula diserbu

Iklan
Sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback yang sarat dengan muatan minyak masak peket turut ditemukan.

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu sebuah rumah di Kampung Jenerih Tujuh di sini dan merampas minyak masak peket serta gula yang cuba diseludup ke negara jiran pada Ahad.

Serbuan jam 4.30 petang turut disertai Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan hasil maklumat risikan mendapati rumah berkenaan dijadikan sebagai transit untuk tujuan penyeludupan.

Iklan
Iklan

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, sebanyak 2,992 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi telah ditemukan oleh anggota bertugas selepas membuat pemeriksaan di pekarangan rumah berkenaan.

KPDN Kelantan menyerbu sebuah rumah di Kampung Jenerih Tujuh di Pasir Mas dan merampas minyak masak peket serta gula yang cuba diseludup ke negara jiran pada Ahad.

"Kesemua barang kawalan itu dijumpai di pekarangan garaj kenderaan terbuka yang dilitupi dengan plastik hitam," katanya pada Isnin.

Iklan

"Turut ditemui 480kg gula pasir di kawasan rumah berkenaan.

Sebanyak 2,992kg minyak masak bersubsidi ditemukan oleh anggota bertugas selepas membuat pemeriksaan di pekarangan rumah berkenaan.

"Pada masa sama sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback yang sarat dengan muatan minyak masak peket turut ditemukan," katanya.

Iklan

Azman memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Mengikut maklumat risikan rumah tersebut dijadikan transit simpanan sementara barang kawalan sebelum seludup ke negara jiran menggunakan pangkalan haram," katanya.