Dewan Negara lantik Ahli Jawatankuasa Pemilih

Iklan
Mutang mempengerusikan Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Isnin meluluskan usul pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh penggal ketiga Sidang Parlimen ke-15.

Mereka ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal selaku Pengerusi, Senator Datuk A Kesavadas, Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah dan Senator Susan Chemerai Anding.

Iklan
Iklan

Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran mengikut Peraturan Mesyuarat 70 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Negara.

"Selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 70(2), Majlis Mesyuarat dengan ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih memanggil orang hadir di hadapannya serta meminta dikeluarkan surat-surat,” kata Kulasegaran pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Iklan

Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Mesyuarat. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan