Ibu kelar anak masih dalam pemerhatian doktor

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

PASIR GUDANG - Wanita yang mengelar anak lelakinya berusia setahun enam bulan di Taman Cahaya Masai di sini masih dalam pemerhatian doktor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditempatkan di Hospital Permai Johor Bahru sejak ditahan sejurus kejadian.

Iklan
Iklan

"Dia ditahan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan masih dalam pemerhatian doktor," katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, Mohd Sohaimi mengesahkan punca kematian kanak-kanak terbabit adalah disebabkan luka kesan kelar di bahagian leher.

Iklan

Katanya, kanak-kanak itu disahkan maut di lokasi kejadian iaitu ruang tamu rumah.

Menurut beliau, seorang jiran suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Iklan

Terdahulu, ibu kandung terbabit direman tujuh hari bermula Ahad sehingga Sabtu ini.

Permohonan reman dikeluarkan Majistret, Suhaili Sapuan di Hospital Permai Johor Bahru bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dilaporkan berkata, seorang ibu dipercayai mengelar bayi lelakinya di rumah mereka pada jam 1.30 petang.

Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan telah menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatsApp kepada suaminya.

Polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28