Jualan kenderaan pada Februari susut kepada 62,833 unit - MAA

Iklan
Jualan kenderaan baharu Malaysia menyusut empat peratus kepada 62,833 unit pada Februari 2024.

JUALAN kenderaan baharu Malaysia menyusut empat peratus kepada 62,833 unit pada Februari 2024 daripada 65,499 unit pada Januari 2024 untuk tempoh bulan bekerja yang lebih singkat berikutan cuti perayaan Tahun Baharu Cina, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA dalam kenyataan pada Isnin berkata, pada Februari, sebanyak 57,979 unit kenderaan penumpang telah dijual, menokok tiga peratus daripada 56,433 unit yang dijual pada Februari 2023 manakala jualan kenderaan komersial merosot 32 peratus kepada 4,854 unit daripada 7,128 unit.

Iklan
Iklan

Pada asas tahunan, jualan Februari susut satu peratus kepada 62,833 unit berbanding 63,561 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

"Jumlah jualan setakat ini bagi Februari 2024 adalah 13 peratus lebih tinggi (kepada 128,332 unit) daripada (113,729 unit) tempoh yang sama pada 2023," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Dari segi pengeluaran, MAA berkata, 65,611 unit kenderaan dikeluarkan pada Februari 2024, kenaikan tiga peratus daripada 63,798 unit pada Februari 2023.

Daripada jumlah itu, sebanyak 61,935 unit adalah kenderaan penumpang (meningkat 3 peratus daripada 59,843 unit pada bulan yang sama tahun lepas), manakala baki 3,676 unit adalah kenderaan komersial (turun 7 peratus daripada 3,955 unit sebelumnya).

Iklan

Mengenai prospek untuk Mac 2024, MAA menjangkakan jualan yang lebih tinggi berbanding Februari 2024, berikutan penghantaran yang cepat oleh syarikat dengan tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 dan kempen promosi Hari Raya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28