Isu stoking: Pemuda UMNO buat 13 laporan polis seluruh negara

Iklan
Gambar-gambar Pemuda UMNO seluruh negara membuat laporan polis berkenaan isu penjualan stoking kalimah ALLAH SWT yang dikongsikan Dr Muhamad Akmal di Facebooknya pada Isnin.

SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya 13 laporan polis berhubung penjualan stoking tertera kalimah ALLAH telah dibuat oleh Pemuda UMNO di seluruh negara.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebelum ini siasatan polis terhadap isu sensitif itu tidak dapat dibuat kerana tiada laporan.

Iklan
Iklan

"Seluruh rakyat Malaysia menunggu apakah hasil siasatan daripada laporan ini.

"Kami minta agar ia disiasat bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan diberikan hukuman yang sekerasnya agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin bermain dengan isu 3R (agama, raja dan kaum) ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan

Pada masa sama, Dr Muhamad Akmal berkata, tindakan mempertahan pelaku dalam isu penghinaan terhadap agama Islam itu adalah perbuatan yang memalukan.

Beliau juga meminta masyarakat berkongsi maklumat di media sosial sekiranya mendapati pasar raya yang terkait dengan jualan stoking kontroversi itu telah menaikkan kenyataan maaf di semua cawangan di negara ini seperti yang dituntut Pemuda UMNO pada Ahad.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28