Gajah cedera dilanggar Porsche berjaya dipindahkan

Iklan
Gajah liar betina yang sebelum ini dilanggar Porsche Cayenne berjaya dipindahkan ke lokasi selamat pada Isnin.

SETIU - Seekor gajah liar betina yang cedera dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, Porsche Cayenne di Kampung Telaga Papan, di sini berjaya dipindahkan ke lokasi lebih selamat pada Isnin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, usaha memindahkan gajah tersebut dilakukan dengan bantuan dua ekor gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi memindahkan mamalia itu mengambil masa kira-kira empat jam bermula sekitar jam 8 pagi.

"Seramai 29 anggota terlibat dalam operasi pemindahan kali ini dimana melibatkan Perhilitan Terengganu, Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah dan Veterinar Ibu Pejabat Perhilitan.

Usaha memindahkan gajah liar tersebut dibantu dua ekor denak dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka.

Iklan

"Gajah ini akan di bawa dan dilepaskan ke habitat semula jadi yang jauh dari ancaman bahaya,"katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Telaga Papan di sini pada Isnin.

Jumaat lalu, gajah liar tersebut cedera setelah dirempuh kenderaan dalam kejadian di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja.

Iklan

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam apabila SUV dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Rhu 10 menuju ke Lembah Bidong.

Katanya, kenderaan tersebut dikatakan tidak sempat mengelak sehingga terlanggar gajah itu menyebabkan ia rebah di atas jalan sebelum melarikan diri ke hutan kira-kira 10 minit kemudian.

Gajah berkenaan kemudian berjaya ditangkap kira-kira jam 11.30 pagi di Kebun kelapa sawit Kampung Telaga Papan pada Sabtu lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!