53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.

Perkara itu disahkan oleh pegawai beliau dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

"Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada jam 11.30 pagi hari ini.

"Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024, untuk rawatan jangkitan dan untuk pemerhatian," katanya pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini Dr Mahathir dilapor masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.

Beliau hanya akan dibenarkan keluar sekiranya IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan jangkitan yang dialami.

Iklan



Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28