Tepung pelita Ramadan

Iklan
Para pekerja menuang santan adunan bagi melengkapkan kuih Tepung Pelita di Taman Tasik Tambahan, Ampang hari ini.
Tepung Pelita antara kuih tradisional yang menjadi pilihan ramai di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa kerana keenakan kuihnya yang berlemak dan manis.

Pengedar Tepung Pelita, Abdul Ghani Samsudin, 43, mampu menyiapkan 73,000 biji tepung pelita dengan harga RM40 kepada ejen dan kepada pelanggan RM4 pada setiap minggu ketika Ramadan.