LAHAD DATU - Polis memberikan penjelasan berkaitan video tular membabitkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terpaksa menggunakan kekerasan untuk menahan seorang penunggang motosikal selepas lelaki itu bertindak agresif.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek lelaki berumur 20 tahun itu gagal menunjukkan lesen memandu dan dokumen pengenalan diri semasa sekatan jalan di Kilometer 23, Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini kira-kira 10.30 pagi kelmarin.
Nasri berkata, semasa pemeriksaan, motosikal suspek telah sampai ke kawasan kawalan lalu lintas dan cuba untuk berhenti tetapi diarahkan untuk terus ke kawasan sekatan untuk pemeriksaan lanjut.
"Sewaktu menuju ke laluan sekatan, suspek cuba untuk berpatah balik dengan niat untuk melarikan diri dan cuba merempuh dua anggota JPJ lain yang sedang mengawal keadaan lalu lintas," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: JPJ siasat video pegawai pukul penunggang motosikal
Nasri mengulas satu rakaman video yang tular di media sosial berdurasi 45 saat memaparkan anggota JPJ memukul seorang penunggang motosikal.
Beliau berkata, cubaan suspek itu gagal apabila tayar motosikalnya bergesel dengan bahagian hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menyebabkan suspek menuju ke parit tepi jalan.
"Ekoran tindakan suspek yang enggan berhenti dan semakin agresif untuk melarikan diri membuatkan beberapa anggota JPJ sedaya upaya cuba untuk menghentikan tindakan suspek.
"Suspek telah cuba melawan sewaktu proses penahanan menyebabkan anggota JPJ terpaksa menggunakan kekerasan untuk merebahkan suspek," katanya.
Nasri berkata, suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 186/323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. - Bernama