Sukan Komanwel 2026: Kerajaan teliti semua aspek

Iklan
Hannah Yeoh (tengah) bercakap ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pengumuman Laluan Petronas Le Tour de Langkawi di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Isnin. Foto Bernama

SEMUA aspek akan diambil kira sebelum kerajaan membuat keputusan berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perkara itu akan dibentangkan dan berkemungkinan akan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

Iklan
Iklan

"Kami memang mengambil perspektif dan maklumbalas daripada semua pihak yang menghubungi, menulis dalam media sosial dan kami telah baca semuanya.

"Apa yang paling penting adalah apabila keputusan dibuat, kami bagi jaminan telah mempertimbangkan semua aspek. Kami akan umumkan keputusan itu nanti selepas Kabinet berbincang.

Iklan

"Kami akan pastikan ada perbincangan yang panjang mengenai perkara ini (pada Mesyuarat Kabinet) untuk pastikan semua aspek diambil kira," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Dan Pengumuman Laluan Petronas LTDL 2004 di MSN, Bukit Jalil pada Isnin.

Sebelum ini, persoalan mengenai Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria, Australia yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 menarik diri pada Julai tahun lalu disebabkan kenaikan kos penyelenggaraan dari jangkaan awal AU$2.6 bilion (sekitar RM8.09 bilion) kepada AU$7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).

Iklan

Kerajaan Victoria juga dilaporkan bersetuju membayar AU$380 juta (RM1.18 billion) bagi pelanggaran kontrak kerana gagal menganjurkan acara tersebut yang dijadualkan dari 17 hingga 29 Mac 2026.

Dalam pada itu, beliau juga enggan mengulas lanjut kemungkinan akan turut menjadi tuan rumah bersama dengan negara lain.

"Saya tidak boleh mendahului Kabinet pada jumaat nanti, tetapi nantikanlah selepas bincang akan umumkan. Semua aspek dipertimbangkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!