Lelaki maut jatuh dari belon udara panas

Iklan
Polis mengepung lokasi lelaki maut selepas terjatuh dari belon panas di Melbourne, Australia. Foto Agensi

MELBOURNE - Seorang lelaki menemui ajal selepas jatuh dari belon udara panas pada Isnin ketika sedang melintasi atas bahagian luar bandar Melbourne.

Belon udara itu berlepas dari luar bandar Melbourne di sebelah utara pada awal pagi dan terapung di udara selama sekitar 30 minit sebelum lelaki itu jatuh dari bakul belon udara berkenaan.

Iklan
Iklan

Mayatnya ditemui di kawasan perumahan, di mana ia ditutup kepada lalu lintas oleh polis daerah Victoria.

Manakala, belon udara itu mendarat dengan selamat beberapa batu dari mana jasad lelaki itu ditemui.

Iklan

Polis menyatakan ia akan menyiapkan laporan bagi koroner dan kematian itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Pada masa sama, pihak berkuasa sedang menghubungi juruterbang, penumpang dan saksi bagi insiden belon udara itu. - Agensi

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!