Tiga beradik antara 12 individu dicekup leka sabung ayam

Iklan
Sebahagian suspek yang ditahan bersama ayam laga dalam serbuan D7 IPK Perak di Kuala Kangsar pada Ahad. Foto ihsan pembaca

KUALA KANGSAR - Tiga beradik antara 12 individu yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti judi laga ayam di Jalan Kolam Air Talang, Kampung Station di sini pada Ahad.

Serbuan Op Dadu dilakukan pasukan Bahagian Pencegahan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak sekitar jam 4.45 petang di kawasan kebun kelapa sawit yang menjadi 'port' kaki judi dari seluruh negeri.

Seramai 12 lelaki termasuk penganjur ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti judi laga ayam di Kuala Kangsar pada Ahad. Foto ihsan pembaca

Iklan
Iklan

Ketika serbuan dibuat, kumpulan lelaki terbabit didapati duduk mengelilingi gelanggang bulat yang di pasang untuk sabung ayam dengan kadar pertaruhan antara RM300 hingga RM1,000 bagi setiap perlawanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, serbuan itu menahan suspek berusia 33 hingga 64 tahun termasuk penganjur.

Antara barangan yang dirampas polis dalam serbuan D7 IPK Perak di sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Kuala Kangsar. Foto PDRM

Iklan

"Polis merampas seunit kain kanvas, 20 besi pancang, dua taji, penimbang elektronik, 11 sangkar, lima kelambu, 14 ekor ayam laga dan wang tunai sebanyak RM5,852.

"Aktiviti judi laga ayam itu dipercayai mula aktif sejak awal Mac lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, kesemua tangkapan direman selama tiga hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 32(1)(a) dan Seksyen 32(2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!