MOT sasar siapkan projek aerotren KLIA menjelang akhir tahun ini

Iklan
Anthony bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pemeteraian Perjanjian Operasi dan Perjanjian Pajakan Tanah antara Kerajaan Malaysia dengan Malaysia Airports, hari ini. Foto Bernama

SEPANG - Kementerian Pengangkutan (MOT) memantau secara teliti kemajuan projek aerotren Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan berharap akan siap sebelum akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, projek berkenaan sedang dilaksanakan memandangkan kontrak itu telah dirundingkan semula dan konsortium yang menjalankan projek itu telah ditubuhkan.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Anthony menyaksikan majlis memeterai perjanjian antara kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pembuat gerabak kereta api Perancis, Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd dilaporkan telah dilantik sebagai pembuat peralatan tulen bagi projek itu dan turut bertindak sebagai peneraju penyelarasan projek.

Iklan

Kerajaan Malaysia menerusi MOT dan MAHB hari ini memeterai perjanjian operasi baharu selama 45 tahun sehingga 11 Februari 2069.

Menerusi perjanjian tersebut, pengendali lapangan terbang itu akan meneruskan peranannya mengendali, mengurus, menyenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan lapangan terbangan landasan pendek (STOLPorts) di seluruh negara. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28