Alyah letak kepercayaan pada suami

Iklan
Alyah bersama pengasas Twomee, Datuk Suraya pada majlis pelancaran produk terbaharu dan memperkenalkannya sebagai duta.

PENGALAMAN sebagai anak seni dan juga seorang isteri banyak mengajar penyanyi, Datin Alyah mengenai makna kehidupan.

Atas dasar itu juga, pemilik nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap suami tercinta, yang juga maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Iklan
Iklan

Akui wanita berusia 43 tahun itu, sepanjang bergelar isteri, dia sama sekali tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya.

Dedahnya lagi, setiap kali salah seorang mahu keluar rumah, mereka akan mempraktikkan bacaan al-Fatihah dan ayat Kursi.

Iklan

"Saya tak boleh ramal masa depan tetapi pengalaman banyak mengajar. Kalau kita kawal sekalipun, jika ada (orang ketiga), maka tetap akan ada.

"Saya percaya, ALLAH Maha Mendengar doa orang teraniaya. Jadi saya letakkan segalanya dalam ketentuan-Nya tetapi setakat ini belum terjadi lagi perkara yang tidak diingini," jelasnya.

Iklan

Alyah berkata demikian ketika ditemui selepas majlis memperkenalkannya sebagai duta produk kosmetik dan penjagaan wajah jenama Twomee di sebuah hotel di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Tambah Alyah, proses kematangan dan perubahan yang dilalui bukan hanya sebelah pihak tetapi kedua-duanya melalui tempoh itu bersama-sama.

Alyah mengakui pengalaman menjadikan dia lebih matang melalui kehidupan.

"Saya percaya tiada seorang manusia yang sempurna walaupun dia seorang isteri. Saya berusaha melakukan sehabis baik sebagai isteri Tok Ram. Apa yang kurang saya cuba perbaiki, namun selebihnya tawakal kepada ALLAH sahaja.

"Malah, sekiranya ada perubahan sikap yang berlaku antara kami, ia membabitkan berdua. Bukan dia (Ramli) seorang saja atau saya tapi kami berdua sebab belajar daripada pengalaman," katanya yang mengambil peluang untuk bertarawih bersama suami tercinta pada bulan Ramadan ini.

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Kisah Hati itu turut menyifatkan apa sahaja yang berlaku dalam hidup seseorang itu sebenarnya adalah satu proses pembelajaran dan bukannya perkara buruk.

"Perjalanan karier, rumah tangga yang dilalui selama ini membuatkan kami berada pada tahap sekarang. Kini kami lebih relaks, matang dan gembira sebagaimana yang dilihat.

"Cuma dalam perkahwinan tidak selalunya tenang, pasti akan ada turun naik. Jadi macam mana cara kita kendalikan dan titip doa pada Yang Lebih Mengetahui," ujarnya yang mengakui Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram kini lebih mudah dikendali.

Bantu orang

Sementara itu, mengulas pelantikannya sebagai duta Twomee, anak kelahiran Gelang Patah, Johor Bahru itu mengakui terkesima apabila pengasasnya, Datuk Suraya Semaru mendedahkan sikapnya yang down to earth antara sebab dia menjadi pilihan.

Ujar Alyah, dia berasa bertuah, bersyukur dan berterima kasih kepada pengasas produk berkenaan kerana memberi kepercayaan kepadanya.

"Selepas menjalani pembedahan bariatrik, kulit saya menjadi lebih kering dan alhamdulillah selepas menggunakan produk ini, nampak lebih baik.

"Ia bukan sekadar untuk bersolek semata-mata tetapi boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina," katanya.Pada masa sama, Alyah memberitahu mahu menggunakan peranannya sebagai duta bagi membantu mereka yang memerlukan di sekelilingnya.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu sehinggalah sekarang, kita banyak dengar kesukaran orang lain. Cuma alhamdulillah rezeki saya sejak PKP memang tidak pernah putus.

"Jadi, saya berhasrat membantu mereka di sekeliling yang ingin mendapatkan sesuatu yang baik juga," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!