Kate Middleton 'muncul semula' selepas pembedahan

Iklan
Putera William bersama Kate Middleton. - Agensi

LONDON - Kate Middleton dilihat menemani suaminya, Putera William di sebuah kedai berhampiran Istana Windsor pada Ahad.

Ia merupakan kemunculan pertama Puteri Wales itu di tempat awam sejak menjalani pembedahan perut pada Januari lalu.

Iklan
Iklan

Kate tidak pernah muncul di khalayak ramai sejak 25 Disember tahun lalu, namun beliau dikatakan kelihatan gembira dan tenang ketika dilihat bersama William.

"Selepas semua khabar angin keluar sebelum ini, saya tergamam melihat mereka di situ. Kate membeli-belah bersama Putera William. Anak-anak mereka tiada bersama tetapi ia adalah petanda baik bahawa beliau sudah sihat,” kata seorang saksi di kedai tersebut.

Iklan

Menurut The Sunday Times yang memetik sumber diraja, Kate dijangka membuat penampilan di khalayak ramai dengan memberi ucapan mengenai kesihatannya apabila kembali bertugas nanti.

"Pasangan itu inginkan ketelusan tetapi hanya akan memberitahu perkara sebenar apabila mereka bersedia,” lapor akhbar Britain itu.

Iklan

Terdapat juga sumber yang mengatakan Kate akan kembali memikul tugas diraja seawal 17 April ini.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu, pembedahan Kate disifatkan berjaya, namun beliau tidak akan melakukan tugas awamnya untuk beberapa tempoh.

Ibu kepada tiga anak itu dirawat di hospital sehingga 29 Januari lalu sebelum beliau pulang ke rumah untuk berehat dan kembali pulih. – Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28