Port Dickson lebih bahagia jika kesesakan dapat diatasi - MB

Iklan
Aminuddin (dua dari kanan) ketika sidang media pada Isnin.

SEREMBAN - Daerah Port Dickson yang diiktiraf sebagai 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia tahun ini akan menjadi lebih bahagia sekiranya masalah kesesakan di daerah itu dapat diatasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau memahami rungutan penduduk yang rasa terganggu dengan keadaan itu terutama setiap kali hujung minggu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, jika dilihat dari sudut positif kesesakan itu menunjukkan kehadiran pengunjung yang dapat memberi sumber rezeki buat peniaga-peniaga di sana.

"Tapi bagi saya kesesakan itu adalah rezeki kepada peniaga-peniaga di sana kerana ramai yang datang berbelanja dan akhirnya dapat meningkatkan ekonomi di Port Dickson,"katanya pada sidang akhbar Prestasi Pelaburan Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, masih banyak perkara yang perlu ditambah baik di Port Dickson terutamanya soal infrastruktur dan kemudahan awam.

Ini ini kerana katanya, daerah berkenaan merupakan kawasan peranginan yang menjadi tumpuan pelancong dan segala kemudahan perlu berada dalam keadaan baik.

Iklan

"Selaku Ahli Parlimen Port Dickson, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua penjawat awam serta penduduk Port Dickson yang saya rasa ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada mereka.

"Saya berharap ini dapat terus dikekalkan dalam suasana yang baik dan saling hormat menghormati," katanya.

Sebelum ini media melaporkan Port Dickson diiktiraf sebagai 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun ini melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Turut tersenarai adalah Cameron Highlands, Jeli, Jerantut, Kuala Terengganu, Lenggong, Bandaraya Melaka, Petaling Jaya, Kulai dan Rompin.

Indeks kebahagiaan merangkumi 14 komponen penilaian antaranya alam sekitar, pemimpin tempatan, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) infrastruktur asas, keseronokan bekerja dan hubungan jiran serta tahap stres.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!