Ukraine tuntut permohonan maaf secara rasmi Iran

Iklan
Serpihan pesawat penumpang Ukraine yang terhempas di Tehran, Iran, awal pagi kelmarin. - Foto Reuters

MOSCOW - Ukraine menuntut Iran mengemukakan permohonan maaf secara rasmi selepas Teheran mengaku tidak sengaja menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine yang mengorbankan semua penumpang, lapor agensi berita Anadolu.

Presiden Volodymyr Zelensky menulis di Facebook,"Pagi ini keadaan tidak baik tetapi ia mengundang kebenaran. Bahkan sebelum berakhirnya siasatan antarabangsa, Iran mengakui kesilapannya tetapi kami mahu pengakuan yang sepenuhnya. Kami mahu Iran beri jaminan untuk bersedia disiasat dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, membayar pampasan dan permohonan maaf secara rasmi melalui saluran diplomatik."

Iklan
Iklan

Angkatan tentera Iran hari ini mengaku tidak sengaja menembak pesawat penumpang Ukraine, awal minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Ukraine terhempas di Iran

176 penumpang pesawat Ukraine disahkan terkorban

Iran mengaku tembak jatuh pesawat Ukraine

Pesawat jenis Boeing 737-800 itu terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Teheran, beberapa jam selepas Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melancarkan lebih sedozen peluru berpandu yang menyasarkan tentera Amerika Syarikat di Iraq sebagai serangan balas terhadap kematian komander tertinggi tentera elit Iran, Qasem Soleimani.

Iklan

Nahas itu menyebabkan 176 penumpang termasuk sembilan anak kapal maut.

Mereka yang terkorban termasuk warga Iran, Kanada, Ukraine, Sweden, Afghanistan, Jerman dan Britain. - Bernama

Iklan