Kes sindiket penyeludupan: SPRM cari Mohammad Zyed

Iklan
Mohammad Zyed dicari SPRM untuk bantu siasatan kes penyeludupan rokok, tembakau dan arak.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki untuk bantu siasatan babit sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.

SPRM dalam kenyataan berkata, Mohammad Zyed Ibrahim berusia 38 tahun dan alamat terakhir di Blok A-17-29 Mesahill Apartment Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Mohammad Riduwan Mohammad Radzi di talian 016-4603096 atau email kepada mriduwan@sprm.gov.my," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

11 Mac lalu, empat penjawat awam ditahan reman empat hari kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.

Iklan

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan SPRM menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik suspek yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.

Kenderaan-kenderaan terdiri daripada Lamborghini, Lexus, Mercedes dan BMW, disita dalam operasi khas sekitar Lembah Klang, pada 11 Mac.

Iklan

Operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan AML SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Selain itu, sindiket ini juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan 'mencuci duit' menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Kegiatan penyeludupan sindiket ini dipercayai telah menyebabkan ketirisan hasil cukai yang dianggarkan lebih daripada RM400 juta dan telah memberi wang rasuah lebih RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi melancarkan kegiatan mereka.

Sindiket dipercayai telah menggunakan modus operandi dengan menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28