Kes orang hilang terkait dengan jenayah terancang
Iklan
SHAH ALAM - Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim tidak menolak faktor pemerdagangan manusia antara punca kepada kes kehilangan kanak-kanak, remaja dan wanita di negara ini sama ada membabitkan penculikan yang dirancang atau atas sebab kelalaian individu mahupun penjaga.
Menurutnya, wujud juga kemungkinan berlakunya jenayah culik, membunuh dan menjual kanak-kanak di pasaran tertentu namun ia sukar dibuktikan disebabkan pihak berkuasa tidak mempunyai rekod sebenar.