'Ibarat berbuka puasa bersama keluarga besar'

Iklan
Orang ramai merasai suasana berbuka puasa bersama di ruang terbuka secara santai. Gambar kecil dari kiri: Mohd Azwan Ibrahim, Aznita, Muhamad Khairil Najmi, dan Muhamad Firdaus

SHAH ALAM - Berkumpul beramai-ramai di Dataran Karangkraf di sini sempena Program Iftar ala Madinah @Karangkraf, bukan hanya mengeratkan hubungan sesama masyarakat malah mereka dapat berbuka puasa bersama ibarat sebuah keluarga besar.

Orang ramai mula tiba dan memenuhi ruang yang disediakan untuk berbuka puasa.

Seorang pelajar, Muhamad Firdaus Abdullah, 25 berkata, kebiasaan suasana seperti itu hanya dapat dirasai apabila berbuka puasa di kampung halamannya di Sabah.

Iklan
Iklan

"Kalau di Sabah, saya biasa berbuka puasa di masjid atau di rumah bersama keluarga besar. Oleh sebab itu, apabila mengetahui Karangkraf menganjurkan Program Iftar Ala Madinah saya sangat teruja.

"Suasana sangat meriah, ramai yang datang untuk berbuka puasa di sini. Ia mengingatkan saya ketika bersama keluarga, semua orang menunggu azan sebelum menjamah juadah bersama-sama,” ujarnya.

Pengunjung mengambil minuman yang disediakan untuk orang ramai yang berbuka puasa di Dataran Karangkraf, Shah Alam.

Iklan

"Saya pernah datang tahun lepas dan sukakan suasananya. Jadi apabila tahun ini kawan beritahu Karangkraf sekali lagi mengadakan program sama, saya tak nak lepaskan peluang turut serta.

"Saya datang awal takut jalan sesak, namun Alhamdulillah kemudahan yang disediakan oleh Karangkraf memudahkan pengunjung.

Iklan

"Pastinya saya akan datang lagi pada masa akan datang kerana program seperti ini memang bagus untuk kita terapkan semangat hidup bermasyarakat,” katanya.

Orang ramai menunggu azan untuk berbuka puasa di Dataran Karangkraf, Shah Alam.

Tambah ilmu agama

Sementara itu, Aznita Muhamad, 45, berkata, peluang berbuka puasa di ruang terbuka amat menyeronokkan kerana masyarakat setiap lapisan usia dapat berhimpun bersama, selain dia dapat berjimat.

"Saya ambil anak dari asrama, nak balik masak tak sempat jadi kami ambil keputusan untuk berbuka puasa di sini. Lagipun makanan disediakan percuma.

"Kalau makan di kedai sekarang semua barang mahal, macam saya tujuh orang dapatlah berjimat cermat,” jelasnya.

Pelajar tahfiz turut menyertai hadir ke Iftar ala Madinah @Karangkraf.

Bagi pelajar tahfiz, Muhamad Khairil Najmi mazli, 13, suasana meriah cukup dirasai apabila duduk bersila di atas tikar sambil menunggu waktu berbuka puasa bersama rakan-rakan.

"Alhamdulillah suasana nampak ceria dan santai sebab kawasan terbuka. Sementara menunggu waktu berbuka, kami dapat dengar tazkirah, sekali gus menambah ilmu agama.

"Selain itu selepas berbuka, kami terus menunaikan solat Maghrib kerana kemudahan tempat solat turut disediakan oleh penganjur,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28