Selepas 15 minit bapa tersedar tertinggal anak dalam kereta

Iklan
Pemilik akaun @farishal83 memuat naik rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan dia bersama isteri berlari ke kereta untuk menyelamatkan anaknya yang berusia tiga tahun selepas 15 minit berada dalam kenderaan itu. Foto: Tangkap layar TikTok @farishal83

SHAH ALAM - Hampir menjadi ‘tragedi’ apabila sepasang suami isteri terlupa akan keberadaan anak mereka di dalam kereta selepas hampir 15 minit keluar daripada kenderaan itu.

Video berdurasi satu minit 41 saat tular di laman sosial TikTok memaparkan ahli keluarga kanak-kanak berkenaan bergegas keluar rumah apabila menyedari anak mereka yang berusia tiga tahun itu ada di dalam kereta.

Iklan
Iklan

"Sejarah hidup tidak pernah lupa, tapi kali ini menjadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta bahagian belakang selama 15 minit. Semuanya selamat,” tulisnya @farishal83.

Mengulas mengenai kejadian itu, @farishal83 berkata, dia dan ahli keluarga tersedar akan ketiadaan si kecil ketika mahu bersalam-salaman dengan ayahnya sebelum berangkat pulang ke kampung.

Iklan

"Mama teringat dalam kereta sebab ikut pergi hantar kakak ke sekolah. 15 hingga 20 minit tengah panas panas, nasib tingkap ada terbuka,” katanya.

Bagaimanapun @farishal83 menjelaskan bahawa hal berkenaan merupakan suatu perkara di luar jangka.

Iklan

Menurutnya, keadaan itu mungkin disebabkan kesibukan menyambut bulan Ramadan dan diikuti dengan bermulanya sesi persekolahan.

"Moga menjadi pengajaran buat semua termasuk diri sendiri. Biasalah awal persekolahan dan awal Ramadan. Semua kelam kabut mengurus,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, Sinar Harian mendapati, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa syukur kerana tidak melibatkan nyawa.

"15 minit dalam kereta yang diletakkan tengah panas panas itu sudah dikira lama. Alhamdulillah semua selamat. Kadang-kadang dilema nak letak ‘car seat’ anak dekat depan atau belakang sebab trauma kes lupa macam ini,” kata @anna.nazry.

"Nasib baik ingat. Ya-ALLAH sekarang ini musim panas pula,” tulis @noorshakila268.

Dalam pada itu, turut ada pengguna media sosial berkongsi kisah sama yang meragut nyawa.

"Tengok video ini, teringat arwah anak saudara saya berumur dua tahun. Pakcik sebelah ayah harap si kakak berumur empat tahun kejut bangun (kejut si adik). Sampai ke petang ayahnya balik kerja baru cari. Tengok dalam kereta dah meninggal,” kongsi @mawar5636.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28