Argentina terpaksa lupakan Messi

Iklan
Lionel Messi. Foto AFP

LIONEL Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.

Pemain Inter Miami itu sepatutnya beraksi untuk juara dunia itu dalam perlawanan persahabatan menentang El Salvador di Philadelphia pada Jumaat sebelum menentang Costa Rica di Los Angeles pada 26 Mac.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kapten Argentina berusia 36 tahun itu masih belum pulih selepas mengalami kecederaan hamstring semasa kemenangan 3-1 Miami ke atas Nashville dalam Piala Juara CONCACAF minggu lalu.

"Kapten Argentina, Lionel Messi, tidak akan berada dalam skuad untuk perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring kaki kanannya yang dialami dalam perlawanan pasukannya menentang Nashville SC," kata persatuan itu.

Iklan

Jurulatih Miami Gerardo Martino telah membayangkan selepas kemenangan pasukannya ke atas Washington pada hari Sabtu bahawa Messi mungkin terlepas perlawanan antarabangsa pada Mac.

Dia berkata pasukan itu mahu memastikan Messi cergas untuk suku akhir Piala Juara CONCACAF bulan depan.

Iklan

"Adalah jelas bahawa ada objektif bahawa dia boleh bermain di suku akhir Piala Juara CONCACAF. Kami tidak akan mengambil sebarang risiko,” kata Martino.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!