Tujuh masjid, surau, pejabat terima sumbangan al-Quran wakaf

Iklan
Hashim (enam dari kanan) menyampaikan set al-Quran percuma untuk tujuh masjid, surau dan pejabat sekitar Kluang di Surau Taman Pelangi, Kluang pada Ahad

KLUANG - Tujuh masjid, surau dan pejabat sekitar daerah ini menerima dua set naskhah al-Quran percuma daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Sumbangan wakaf tersebut diserahkan oleh Sekretariat WUIF, Hashim Anang di Surau Taman Pelangi di sini pada Ahad sempena Program Wakaf Quran.

Iklan
Iklan

Menurut Hashim, kitab suci itu untuk Masjid Dato Ahmad; Masjid Kampung Dato Abdul Rahman Yassin; Masjid Taman Delima; Surau Al Husna, Taman Kluang Barat; Surau Jasa Sepakat, Kampung Melayu; Pejabat Yayasan Perbadaran Kluang dan Perpustakaan Kluang.

"Selepas ini sumbangkan juga akan dilakukan di Surau Al Baqi, Sri Lalang dan Balai Raya Taman Suria 1, Taman Suria yang dijadikan tempat untuk aktiviti keagamaan.

Iklan

"Sumbangan ini bagi menyemarak dan membudayakan amalan membaca kitab suci al-Quran," ujarnya yang juga Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Karangkraf.

Sementara itu, Penyelaras program, Zainani Jamaluddin berkata, pihaknya bersyukur dengan sumbangan berkenaan dan akan digunakan untuk aktiviti akan datang.

Iklan

"Kita cuba buat Quran Hour pada 4 April nanti. Pada masa yang sama, kita sedang mengerakkan bacaan zikir dan Yassin 7 mubin seperti pernah dianjurkan sebelum ini," katanya.

Beliau yang juga Pengurus Yayasan Majlis Perbandaran Kluang berkata, sumbangan tersebut dapat merancakkan lagi aktiviti sekali gus menambah kecintaan terhadap kitab suci itu lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!