KUALA LUMPUR - Shopee mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mari meraikan semangat kebersamaan, kegembiraan, dan tradisi yang dihargai dengan kempen Raya Bersama Shopee yang berlangsung bermula hari ini sehingga 11 April 2024.
Kempen berkenaan bermula dengan Jualan Hebat Raya yang mengetengahkan tawaran eksklusif untuk memenuhi keperluan Ramadan dan Raya para pelanggan. Pendek kata dari baju raya bergaya sehingga ke barangan keperluan untuk balik kampung, semuanya ada di Shopee.
Kemudian, fasa berikutnya pula beralih ke Jualan Akhir Raya, yang memenuhi keperluan mereka yang suka membuat persiapan ataupun membeli-belah ‘last-minute’. Terokai pelbagai pilihan untuk keperluan raya saat terakhir agar anda sentiasa bersedia untuk beraya bersama mereka yang tersayang.
Jadi, Shopee minta semua pelanggan supaya tak terlepas peluang dengan tetapkan ‘reminder’ buat tarikh-tarikh utama kempen: 25 - 27 Mac untuk Jualan Hebat Raya;dan 4 April untuk Jualan Akhir Raya untuk mendapatkan tawaran dan diskaun ekstra, supaya anda boleh mendapatkan barangan kegemaran pada harga yang tiada bandingan.
Penghantaran percuma, tanpa perbelanjaan minimum
Keutamaan kempen Raya Bersama Shopee adalah komitmen kuat mereka terhadap kemudahan dan kemampuan mampu milik. Ciri penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum ada agar pembeli dapat menikmati barang keperluan raya mereka dihantar terus ke rumah.
15 Hari Pemulangan Percuma, Tanpa Soal*
Komitmen ini diteruskan dengan ciri 15 Hari Pemulangan Percuma, Tanpa Soal*. Bermula 19 Mac, para pelanggan mempunyai tempoh 15 hari untuk memulangkan barangan, tiada soalan akan ditanya*! Ciri ini boleh digunakan terhadap penjual yang mempunyai label ‘pemulangan percuma (free returns)’, bagi memastikan anda boleh membeli dengan yakin. Dengan ciri ini anda tidak perlu risau jika berubah fikiran, jadi marilah membeli-belah dengan seronok!
Sehingga 70 peratus diskaun eksklusif di Shopee Live
Ternyata Shopee Live merupakan platform secara langsung bagi trend dunia meriah Ramadan & Raya, termasuk untuk pembeli menyaksikan pelbagai baju raya kegemaran diperagakan. Nikmati diskaun harian sehingga 70 peratus sambil menonton. Shopee Live pula menawarkan lebih dari penjimatan - ia adalah saluran terbaik untuk trend eksklusif, pengalaman interaktif dan kejutan menarik, memastikan setiap waktu anda dipenuhi dengan penemuan menyeronokkan.
Tawaran Jualan Hebat Raya Eksklusif!
Bersedia untuk pelbagai tawaran dari pelbagai jenama seperti Skintific, Somebymi, Dr. Cardin, Bata, Pink Flash, dan banyak lagi!
Jangan ketinggalan juga untuk sertai Sahur Voucher Hunt bermula dari 20 - 24 Mac pada jam 5 - 7 pagi, untuk peluang menang baucar eksklusif yang boleh diguna semasa Hari Jualan Hebat Raya. Bukan itu saja tau, sertai juga Shopee Kuiz Raya yang akan berlangsung semasa Jualan Hebat Raya pada jam 12 tengah hari dan 10 malam untuk ganjaran menarik dengan hanya menjawab tiga soalan mudah dengan betul.
Jangan lepaskan peluang kempen RM10 Raya Knockout Deals berlangsung pada jam 12 tengah hari & 10 malam, di mana anda boleh membeli barangan menarik pada harga RM10, terokai tawaran hebat raya sehingga 80 peratus diskaun, tebus sehingga 70 peratus diskaun Baucar Hebat Raya dan dapatkan diskaun tambahan dengan baucar Shopee semasa ‘checkout’.
Diskaun dan Ganjaran Harian
Maksimumkan penjimatan anda dengan 8PM 20% Cashback Hours dengan baucar Cashback. Dan jangan lupa Moreh Specials pada jam 10 malam untuk mendapatkan antara tawaran Raya terbaik! Ditambah lagi dengan tawaran tengah malam dengan 12AM Midnight Madness, yang menawarkan diskaun luar biasa. Ia pastinya suatu pengalaman ekstravaganza yang anda tidak mahu ketinggalan!
Tingkatkan Gaya Raya Anda dengan Bazaria Shopee
Terokai Bazaria Shopee - suatu hub fesyen dan aksesori Muslim mampu milik dan bergaya, yang disusun pilih khas untuk memenuhi idaman fesyen raya anda.
Terokailah pelbagai gaya raya, tawaran eksklusif dan diskaun runtuh yang dipilih khas untuk anda. Jangan lupa juga untuk dapatkan diskaun sehingga 50 peratus daripada jenama seperti Siti Khadijah, Naelofar, Pazze, Zucca Butik, Elrah Exclusive dan banyak lagi.
Tetapi bukan itu sahaja, di tab eksklusif 'Raya Stail Kita' di tab Bazaria Shopee, anda boleh menggayakan trend Jingga Gelap, Kek Lapis, dan Nostalgia Balik Kampung yang diperagakan di pentas peragaan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita.
Terokai tawaran bergaya ini dari jenama tempatan Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman!
Segarkan Sahur anda dengan Tawaran Kecantikan Tiada Bandingan RM0.99
Ciptakan kelainan pada rutin sahur anda dengan menerokai Sahur Gempak Deals eksklusif setiap hari jam 5 - 7 pagi, bermula 12 Mac sehingga 9 April, dengan promo hebat RM0.99 semasa Jualan Hebat Raya buat produk kecantikan dari jenama Y.O.U, SIMPLYSITI, Silkygirl, Wardah, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, barenbliss, Alha Alfa, dan AISASEA.
Dapatkan tawaran runtuh ini sebelum terlambat! Tambahan lagi, anda boleh dapatkan banyak lagi tawaran kecantikan di Beauty Knockdown.
Menang hadiah menarik dengan Fiesta Tap & Win
Kalau anda mahu menang lebih banyak hadiah; begini caranya: Kumpul tiket emas untuk meningkatkan peluang anda untuk menang hadiah hebat seperti Dreame Cordless Vacuum, Xiaomi 11T, Sony PlayStation 5, atau Samsung Galaxy Buds 2 Pro.
Baucar diskaun dan Shopee Coins juga boleh anda miliki! Tambahan pula, semasa Jualan Hebat Raya, peluang anda untuk menang adalah lebih tinggi, di mana lebih banyak anda kumpul tiket emas, lebih besar peluang anda untuk menang. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan keraian raya dengan hadiah hebat!
Menang Besar dengan Duit Raya Shopee di Shopee Live
Ketika anda berehat selepas berbuka puasa, apa kata anda tonton saluran Shopee Mamak di Shopee Live pada jam 8.30 malam setiap hari, dan pada jam 10 malam pada 3 April, untuk berpeluang menang sehingga RM5,000 dengan Duit Raya Shopee!
Caranya mudah: Tonton strim langsung, tebus kod unik di web mikro, dan lengkapkan sekurang-kurangnya satu pesanan dari strim langsung setiap hari serta anda berpeluang untuk terpilih.
Seorang pengguna bertuah akan dipilih setiap hari untuk menyertai Duit Raya Shopee, dan siapa tahu anda mungkin boleh bermain bersama selebriti terkenal termasuk Duta Shopee, Iman Troye!
Rancangan TV Jom Raya Bersama Shopee: Malam Seronok dengan Gelak Ketawa
Lagi satu, pastikan tanda pada kalendar anda tarikh 25 Mac 2024 pada jam 9 malam kerana "Jom Raya Bersama Shopee" akan menghiburkan anda di Shopee Live dan TV3.
Malam anda akan jadi lebih meriah dengan tawaran menarik, permainan menghiburkan dan persembahan memukau dari selebriti tempatan seperti Iman Troye, Amir Jahari, Aisha Retno, dan Shiha Zikir.
Anda juga akan dihiburkan dengan sketsa dari selebriti hebat termasuk Datuk AC Mizal, Aya, dan Mark Adam.
Lagi menarik, jangan ketinggalan untuk menang sehingga 5 juta Shopee Coins & pelbagai hadiah lain, disertai tawaran eksklusif Super Seringgit Raya.
Beli-belah Raya Dipermudahkan: Ansuran 0% & RM15 Diskaun dengan SpayLater!
Rancang persiapan Raya anda dengan lebih awal! Sehingga 10 April, ambil peluang ini untuk bayar dengan ansuran 0% selama 3 bulan dengan SPayLater di Shopee. Tawaran ini termasuk semua produk, daripada fesyen ke barangan elektronik, untuk semua pengguna. Tambahan, pengguna SPayLater baharu akan menerima baucar RM15 diskaun. Aktifkan akaun SPL anda sekarang di sini.
Mari Raya Bersama Shopee! Dengan pelbagai tawaran, ganjaran dan hiburan yang tersedia, anda pasti menikmati nilai yang dibawa. Jangan ketinggalan untuk meningkatkan keraian raya anda bersama Shopee.
Layari http://shopee.com.my/m/raya-sale untuk maklumat lanjut dan membeli-belah hari ini!