Anwar saran ulama bincang kritikan G25

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan ulama membincangkan isu kritikan kumpulan bekas penjawat awam, G25 berhubung hukuman ke atas individu murtad.

Menurutnya, ia kerana perkara tersebut memerlukan pandangan mereka yang pakar dalam soal hukuman dalam agama Islam.

Iklan
Iklan

Media hari ini melaporkan G25 mengkritik undang-undang murtad di Malaysia dengan menyatakan keputusan seorang Islam yang keluar daripada agama itu, ia merupakan urusan antara individu dengan Tuhan dan tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan G25 dakwa penubuhan MKI dan Jakim tidak ikut Perlembagaan

Iklan

Menerusi laporan bertajuk Perkara Pentadbiran Mengenai Islam, kumpulan berkenaan berkata, terdapat hukuman menerusi undang-undang negeri berhubung perbuatan murtad dan ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ditanya mengenai kenyataan pemimpin PKR, Rafizi Ramli berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri, beliau menghargai keprihatinan tersebut namun merasakan ia perlu dikendalikan dengan baik demi kepentingan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan

"Beliau perlu diberikan sokongan penuh. Transisi ini perlu berlaku secara aman," katanya.