Cuaca panas melampau

Iklan
Cuaca panas melampau ekoran fenomena El-Nino mengakibatkan kuantiti air Tasik Ayer Keroh berkurangan ketika tinjauan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung bulan ini.

Tasik itu merupakan antara salah satu kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk meluangkan masa beriadah bersama keluarga pada waktu petang dan hujung minggu. Tasik berkenaan terletak di dalam daerah Melaka Tengah dan bersebelahan Zoo Melaka.