Gara-gara salah masuk gear!

Iklan
Kesilapan menukar gear menyebabkan kereta dipandu lelaki warga emas merempuh sebuah kedai makan di Setapak hari ini.

KUALA LUMPUR - Kereta Perodua Myvi dipandu seorang warga emas merempuh sebuah kedai makan di Prima Setapak 3 di sini hari ini selepas dipercayai tersalah menukar gear.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian 11 pagi itu, kereta dipandu lelaki berusia 76 tahun itu telah menyebabkan kerosakan pada pintu kaca premis dan melanggar seorang pelanggan di dalamnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemandu hanya mengalami cedera ringan sementara pelanggan yang dilanggar tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu Perodua Myvi itu tersalah menukar gear yang sepatutnya R (mengundur) tetapi ke D (memandu) dan menekan minyak.

Iklan

"Ia menyebabkan keretanya masuk ke kedai makanan dan melanggar seorang pelanggan yang dilaporkan tidak cedera," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Iklan