Salur peruntukan saksama kepada bandar di 13 negeri - Agong

Iklan
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara pada Selasa. Foto Facebok Sultan Ibrahim

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berharap perhatian dan peruntukan saksama diberikan kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.

Baginda bertitah, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya akan dapat dikurangkan selain kesesakan akan lebih terkawal sekiranya semua negeri dibangunkan secara adil.

Iklan
Iklan

"Pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menyebabkan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri ke Wilayah Persekutuan.

"Kerajaan terpaksa membangunkan infrastruktur awam yang lebih cekap untuk mengatasi kesesakan jalan raya dan memenuhi keperluan penduduk bandar raya yang semakin padat.

Iklan

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara pada Selasa.

Turut berangkat pada istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Iklan

Dalam pada itu, baginda turut bertitah agar masyarakat di negara ini menjaga kebersihan dan alam sekitar.

"Semua orang tahu saya suka memandu sendiri, jadi saya dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya dan persekitarannya.

"Apa yang saya nampak, masih ada beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kebersihannya tidak memuaskan,.

"Kerajaan saya bukan kerajaan pungut sampah. Kepada penguat kuasa, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah,” titah Sultan Ibrahim.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28