Polis sita 12 motosikal, keluar 51 saman terhadap samseng jalanan

Iklan
Polis mengeluarkan sebanyak 51 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Samseng Jalanan di Pasir Puteh pada Isnin.

PASIR PUTEH - Sebanyak 51 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas oleh polis di daerah ini dalam Op Samseng Jalanan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, operasi dilakukan oleh sepasukan 11 anggota, pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh antara jam 4 petang hingga 12 tengah malam.

Pihak polis mengeluarkan saman terhadap pesalah trafik.

Iklan
Iklan

"Operasi dijalankan berikutan gejala samseng jalanan yang kembali aktif berdasarkan pemerhatian dan aduan awam pada bulan Ramadan.

Menurut beliau, polis turut menangkap seorang lelaki yang berusia 24 tahun kerana dipercayai menagih dadah.

Kesemua motosikal yang disita dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1959.

"Polis akan terus memantau dan menjalankan operasi bagi mencegah kegiatan tidak sihat sepanjang bulan Ramadan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Iklan

Beliau menambah, ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan supaya lebih peka serta memantau aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan gejala tidak sihat.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28