JPNS lepas 300,000 benih udang galah di tujuh sungai

Iklan
Antara lokasi pelepasan benih udang galah di Sungai Triang di Empangan Sunfai Buloh,Jelebu. - Foto: Pejabat Perikanan Jelebu

SEREMBAN - Sejumlah 300,000 benih udang galah dilepaskan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) ke sungai-sungai yang ada taburan udang galah di tujuh daerah di negeri ini pada Selasa dengan penglibatan komuniti setempat, nelayan darat dan pemancing rekreasi.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, antara lokasi sungai berkenaan ialah Sungai Triang,J elebu, Sungai Rembau, Sungai Muar, Kuala Pilah dan Pengkalan Kempas, Port Dickson.

Pelepasan benih udang galah serentak seluruh Negeri Sembilan. - Foto: Pejabat Perikanan Jelebu

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertambahan stok ikan di perairan umum merupakan program tahunan jabatan itu sebagai satu langkah memastikan stok ikan darat sentiasa ada.

"Adalah penting bagi jabatan ini mengambil langkah yang konsisten secara serius dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan darat kerana secara tidak langsung ia dapat meningkatkan sosioekonomi nelayan tempatan," katanya pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, menyentuh mengenai sekuriti makanan negara, beliau berkata, adalah tidak mustahil jika suatu hari nanti sumber perikanan darat turut mengalami kepupusan jika pihaknya tidak mengurus tadbir secara berhemah.

Pelepasan benih udang galah di Sungai Triang di Empangan Sungai Buloh, Jelebu. - Foto: Pejabat Perikanan Jelebu

"Ini akan memberi kesan kepada rantaian ekosistem kawasan perairan dan juga mengurangkan bekalan sumber perikanan darat untuk rakyat.

Iklan

"Mengikut rekod pelepasan benih Jabatan Perikanan Negeri Sembilan pada tahun 2023, sebanyak 123,921 ekor benih ikan air tawar antaranya kelah, lampam sungai, baung sungai, terbul, udang galah dan lampam kerai telah dilepaskan ke 19 lokasi perairan umum dengan nilai RM43,244.

"Perairan umum yang dipilih sememangnya lokasi popular dari kalangan pemancing rekreasi serta nelayan darat di sungai tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Kasim berkata, pihaknya turut meminta orang ramai yang mencari rezeki di sungai menggunakan kaedah menangkap ikan yang betul dan mesra alam supaya tidak menyebabkan sebarang kemusnahan habitat serta sumber perikanan.

Katanya, kaedah menangkap ikan seperti menuba (meracun ikan), mengebom (menggunakan bahan letupan), mengaran (merenjat dengan arus elektrik) dan memanah ikan adalah tidak dibenarkan.

"Eksploitasi penangkapan ikan yang tidak bertanggungjawab ini adalah dilarang di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) 1976. Sesiapa yang melakukan kesalahan ini boleh didakwa dan dijatuhi hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!