Lebih satu tan lebihan makanan dikumpul di bazar Ramadan

Iklan
Makanan diterima akan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan selepas waktu berbuka puasa

SHAH ALAM - Sebanyak 1425.9 kilogram (kg) atau lebih satu tan metrik lebihan makanan di bazar Ramadan berjaya dikumpulkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini setakat Isnin.

Data tersebut termasuk 765.3kg hasil kutipan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Isnin menerusi Projek MBSA MySave Food@Bazar Ramadan membabitkan tiga bazar Ramadan di Shah Alam.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 765.3kg lebihan makanan yang berjaya diselamatkan oleh MBSA MySave Food@Bazar Ramadan pada hari ketiga pada 18 Mac 2024 semalam.

"Ini menjadikan jumlah yang dikumpul sehingga semalam menjadi 1,425.9 kilogram," menurut MBSA dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

MBSA gesa peniaga bazar terlibat dalam program tersebut menghantar makanan yang tidak habis dijual dan masih elok ke khemah MBSA MySave Food.

Iklan

Lokasi bazar untuk program MBSA MySave Food@Bazar Ramadan adalah di bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13, bazar Ramasan Seksyen 17 dan di bazar Ramadan Seksyen 19

Dalam pada itu, MBSA turut menggesa peniaga bazar terlibat dalam program tersebut menghantar makanan yang tidak habis dijual dan masih elok ke khemah MBSA MySave Food.

Iklan

"Sukarelawan kami sedia membantu dan makanan yang diterima akan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan selepas waktu berbuka puasa.

"Peniaga dinasihatkan supaya merancang dengan baik kuantiti juadah yang disediakan bagi mengurangkan lambakan makanan yang tidak habis dijual," kata kenyataan tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28