PADU: Hampir 5.7 juta individu daftar, kemas kini maklumat

Iklan
Rafizi ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 5,692,196 juta individu ataupun 25.9 peratus populasi Malaysia telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sejak ia dilancarkan setakat semalam.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, berbaki dua minggu lagi, kerajaan masih bertungkus-lumus melakukan pelbagai program promosi dan hebahan bagi meningkatkan jumlah pendaftaran dalam sistem itu sebelum ia tamat pada 31 Mac ini.

Iklan
Iklan

"Usaha akan terus dipergiat bagi memastikan lebih ramai rakyat mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka agar tiada yang tertinggal untuk menerima bantuan disediakan oleh kerajaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang meminta penjelasan berkaitan perkembangan sistem PADU dan jumlah pendaftaran setakat ini.

Iklan

Rafizi juga berkata, melalui sistem PADU, inclusion dan exclusion error dapat dikurangkan apabila data dikemas kini serta diverifikasi oleh rakyat terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan atau penentuan kelayakan dilaksana.

Kepada soalan tambahan Mujahid mengapa kerajaan tidak menggunakan data sedia ada yang diperoleh daripada e-Kasih atau Sumbangan Tunai Rahmah, beliau berkata, setiap jabatan dikawal oleh akta masing-masing yang tidak membenarkan perkongsian data.

Iklan

"Buat masa sekarang, kita menggunakan perjanjian perkongsian maklumat di antara jabatan-jabatan sementara kita menunggu Akta Omnibus (digubal) yang membolehkan perkongsian data ini dengan semua jabatan kerajaan dibentangkan oleh Kementerian Digital di Parlimen tahun ini,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!