Stoking kalimah ALLAH: KDN serah polis panggil pihak terlibat

Iklan
Saifuddin pada majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di KDN pada Selasa. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memanggil mana-mana pihak terlibat untuk melengkapkan siasatan berhubung penjualan stoking tertera kalimah ALLAH.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini sudah beberapa laporan polis telah dibuat.

Iklan
Iklan

"Sudah ada sejumlah laporan polis, biar hal itu diuruskan oleh polis,” katanya menerusi sidang akhbar di KDN pada Selasa.

Sebelum ini, tular tangkap layar media sosial mengenai penjualan stoking yang tertera kalimah ALLAH di kedai serbaneka, KK Super Mart di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Iklan

Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata akan memanggil KK Super Mart untuk dirakam keterangan dalam minggu ini.

Kes akan disiasat Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

Sebanyak 42 laporan polis diterima di seluruh negara setakat Isnin dan dua kertas siasatan telah dibuka.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28