JPJ Selangor kerjasama PBT, JKR selesai aduan penduduk

Iklan
Operasi yang dilaksanakan JPJ Selangor bagi menyelesaikan setiap aduan penduduk di negeri itu.

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menyelesaikan kebimbangan penduduk berhubung masalah kehadiran kenderaan perdagangan yang membawa muatan pembinaan di Persiaran Pulau Lumut, Klang dan Alam Budiman, di sini.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, kerjasama akan dibuat bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Azrin

Iklan
Iklan

Menurutnya, JPJ Selangor juga akan terus memantau perkara terbabit bagi membantu penduduk menyelesaikan masalah di kawasan tersebut.

"Untuk makluman, JPJ Selangor sentiasa menjalankan rondaan dan penguatkuasaan secara berkala di lokasi hotspot bagi kenderaan perdagangan terutama lori yang membawa muatan pembinaan seperti tanah, pasir dan batu.

Iklan

"Pada 18 Mac (Isnin), berdasarkan aduan awam, JPJ Selangor telah menjalankan penguatkuasaan secara statik dan rondaan di Persiaran Pulau Lumut dan Alam Budiman yang memfokuskan pemeriksaan kenderaan perdagangan serta lori-lori lebih muatan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, beberapa notis dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.

Iklan

Azrin berkata, pihaknya akan meningkatkan lagi rondaan dan kekerapan penguatkuasaan secara statik di kawasan aduan.

"Kita turut mengalu-alukan aduan daripada orang awam untuk tindakan pantas bahagian yang terlibat.

"Orang awam boleh menyalurkan aduan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.

Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan penduduk Taman Alam Budiman, Shah Alam dan kawasan sekitarnya meluahkan kebimbangan dengan kehadiran lori tanah yang kian rancak menggunakan laluan Persiaran Pulau Lumut sejak lima bulan lalu.

Pengerusi Penduduknya, Badrulhisham Shahbuddin mendakwa kenderaan berat itu beroperasi tanpa mengira waktu termasuk cuti umum serta hujung minggu hingga mengundang isu keselamatan penduduk selain masalah debu.

Dakwa Badrulhisham, lori terbabit menjadikan jalan perumahan penduduk sebagai jalan pintas ke Setia Alam susulan dua projek pembangunan di kawasan berhampiran.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28