Kanak-kanak dikelar ibu kandung: Polis rakam keterangan beberapa saksi

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan yang maut dikelar ibunya di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, siasatan masih berjalan ketika ini dan beberapa saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan.

Iklan
Iklan

Malah katanya, suspek ditahan reman sehingga 23 Mac ini di Hospital Tampoi.

"Semakan awal mendapati wanita tersebut ada rekod kesihatan tapi kita masih menunggu laporan susulan daripada pihak hospital," katanya.

Iklan

Kumar berkata demikian pada sidang akhbar sempena program Walkabout Ketua Polis Johor di Bazar Ramadan Plaza Angsana, di sini, pada Selasa.

Sempena program itu, terdapat 155 Bazar Ramadan di sekitar Johor dengan 400 anggota polis ditugaskan bagi menjamin keselamatan peniaga dan pengunjung.

Kumar menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peniaga di bazar Ramadan tersebut.

Iklan

Tambah Kumar, setakat ini pihaknya juga masih belum menerima laporan berhubung individu atau pihak yang ditangkap kerana tidak berpuasa seperti makan di khalayak ramai dan sebagainya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Kumar berkata, sebanyak 11 laporan diterima berhubung stoking yang tertera kalimah ALLAH yang dikesan dijual di kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), setakat ini.

Katanya, serbuan juga telah dilakukan di sebuah kilang di Seri Gading, Batu Pahat dan berjaya merampas lima pasang stoking yang tertera kalimah ALLAH.

"Kenyataan rasmi juga telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat mengenai perkara ini.

"Oleh itu katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan dengan menyertai flash mob atau apa-apa sahaja tindakan yang menyalahi undang-undang berhubung isu tersebut.

"Kita juga ada terima laporan ada pihak datang ke kilang, tapi ia adalah serahan memorandum dan pihak kilang difahamkan telah menerima memorandum tersebut," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28