Stoking tertera kalimah ALLAH: UMNO senada titah Agong

Iklan
Ahmad Zahid menjawab pertanyaan media pada Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di MRSM Felda pada Selasa. Foto Bernama

TANJUNG MALIM - UMNO menyokong penuh segala yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ALLAH di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan mesti ditangani segera kerana ia terkelas dalam 3R iaitu agama, kaum dan Raja-Raja Melayu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sungguhpun permohonan maaf telah dibuat oleh pihak pengurusan pasar raya berkenaan, ia tidak boleh dipandang ringan.

Ahmad Zahid ketika hadir pada Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di MRSM Felda pada Selasa. Foto Bernama

"Kita harap mana-mana pasar raya yang ada rangkaian di seluruh negara belajar daripada kesilapan ini dan kita tidak mahu ada yang mengambil ringan apatah lagi yang mengambil kesempatan.

Iklan

"Kita juga harap pandangan Yang di-Pertuan Agong serta Pemangku Sultan Johor dijadikan sebagai asas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Felda, Sungkai di sini pada Selasa.

Ahmad Zahid juga sudah meminta Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh untuk menyantuni isu berkenaan.

Iklan

Terdahulu media melaporkan Sultan Ibrahim murka dan menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah ALLAH di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Ahmad Zahid (kiri) menyantuni orang ramai yang hadir ke Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di MRSM Ulul Albab Felda, Sungkai pada Selasa.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Menurut baginda, adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ALLAH dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Sabtu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ALLAH di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya pengguna tidak memboikot perniagaan berkenaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28