Lelaki liwat remaja 15 tahun direman tiga hari

Iklan
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki meliwat seorang remaja berusia 15 tahun. Gambar hiasan

MERSING - Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, suspek berusia 36 tahun itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Ada tangkapan seorang lelaki tempatan berkaitan kes liwat.

"Kes masih dalam siasatan. Suspek direman bermula Selasa hingga Khamis," katanya dihubungi pada Selasa.

Iklan

Menurut Abdul Razak, siasatan masih dijalankan terhadap dakwaan sama ada mangsa yang terlibat lebih daripada seorang.

"Masih dalam siasatan sebab kejadian lama. Setakat ini ada dua pengadu usia yang sama," ujarnya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini