Nasib kanak-kanak terdampar jadi tanda tanya
Iklan
SHAH ALAM - Pindaan undang-undang berkaitan kewarganegaraan anak terdampar dibimbangi akan menyebabkan nasib golongan itu bukan sahaja tidak menentu malah bakal menjadi mangsa kezaliman sistem yang lemah.
Antara kebimbangan yang dibangkitkan oleh segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah pindaan tersebut tidak dinyatakan dengan jelas sama ada kanak-kanak terbabit diberikan jaminan untuk mendapatkan kewarganegaraan atau tidak.