Perkongsian ilmu agama kepada para pengunjung

Iklan
Suasana ifar ala Madinah di Kompleks Karangkraf pada Isnin.

SHAH ALAM - Perkongsian ilmu agama dengan tajuk berbeza setiap hari menjadi inti pati untuk menarik lebih ramai pengunjung menghadiri program iftar ala Madinah sekali gus mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Bagi kakitangan swasta, Mohamad Faizul Hasan, 37, berkata, hampir setiap tahun dia akan hadir ke program anjuran Kumpulan Karangkraf untuk sama-sama mendengar kuliah agama secara santai bersama ahli keluarganya.

Iklan
Iklan
Mohamad Faizul

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, menerusi majlis ilmu berkenaan, ia akan lebih mendekatkan masyarakat untuk bersama-sama menghayati bulan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat di samping dapat berkumpul berkongsi juadah berbuka puasa.

"Perkongsian ilmu sebelum berbuka sangat bagus dan saya sangat setuju kalau program seperti ini diteruskan dengan lebih baik lagi.

Iklan

"Macam tahun lepas Ustaz Fazrul Ismail ada membuat sesi mengaji dan anak lelaki saya turut sama ikut beliau mengaji al-Quran di pentas.

"Kami sangat suka pengisian ilmu dan aktiviti agama di Karangkraf dan kalau boleh teruskan lagi di tahun akan datang,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 4 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Program itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Nur Fatin Nadhira

Dalam pada itu, menurut pelajar, Nur Fatin Nadhira Md Norizan, 20, walaupun baru pertama kali menghadiri program tersebut, namun dengan pengisian ilmu agama sambil menunggu waktu berbuka puasa memberi manfaat yang cukup baik.

Ujarnya, tazkirah yang diberikan cukup ringkas malah memberi makna cukup besar lebih-lebih lagi tajuk ‘bagaimana untuk mendapatkan hati yang baik di bulan Ramadan’ merupakan teguran kepada umat Islam supaya terus melakukan amalan baik dalam menjalani kehidupan.

"Pada pandangan saya, ilmu yang disampaikan cukup ringkas dan padat.

"Ini pengalaman pertama saya mendengar perbincangan agama yang cukup santai di tempat terbuka.

"Kita jarang sangat tonton televisyen untuk dengar ceramah agama sebab terkejar waktu antara kelas dan waktu berbuka, tetapi apabila datang ke sini macam-macam ilmu baharu kita boleh belajar,” jelasnya.

Wan Muhamad Isa

Sementara itu, pekerja swasta, Wan Muhamad Isa, 40, berkata,dengan tajuk yang berbeza setiap hari ia tidak membuatkan pengunjung berasa jemu, malah lebih bersemangat dalam menjalani ibadah puasa selain menimba ilmu baharu.

"Saya cukup suka dengan ilmu yang disampaikan setiap hari adalah berbeza, jadi tidak rugi bawa keluarga datang ke sini sebab banyak ilmu baru kita dapat,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28