Minum air oren miliknya, pekerja kilang tikam rakan semasa berbuka puasa

Iklan
Anggota polis membawa keluar mayat mangsa yang mati ditikam oleh rakan sekerjanya ketika berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, Shah Alam, Selangor pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh maut ditikam rakan sekerjanya ketika berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan jam 7.20 malam pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 49 tahun dan bekerja sebagai pekerja am manakala suspek merupakan warga Pakistan yang juga bekerja dan tinggal bersama mangsa di dalam kontena yang dijadikan asrama.

"Suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Iklan

Sehubungan itu, Mohd Iqbal berkata, tangkapan telah dibuat ke atas suspek yang berusia 51 tahun di tempat kejadian.

"Turut dirampas pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.

Iklan

"Suspek akan direman pada Rabu jam 9 pagi di Makamah Shah Alam," ujarnya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Awani